Yu-Gi-Oh! Master Duel baru-baru ini melancarkan acara baru Xyz Festival di mana anda hanya boleh menggunakan kad-kad summon Xyz sahaja dari Extra Deck anda.
Banyak gems yang anda akan dapat jika memasuki acara ini. Boleh dikatakan hampir 4,000 gems iaitu bersamaan dengan 40 pek kad.
Namun terdapat isu dalam acara ini.
Adalah lebih ‘baik’ dan optimum untuk anda kalah dalam masa yang singkat dari menang dalam masa yang lama untuk mendapat mata bagi mendapat ganjaran.
Jika anda menang anda akan mendapat 100 mata dan jika anda kalah dengan dek sendiri anda akan mendapat 50 mata.
Kalau anda menggunakan dek percuma yang diberikan anda hanya akan mendapat 25 mata jika kalah dan 50 mata jika menang.
Jadi apa yang pemain buat untuk kalah dengan lebih cepat?
Pemain itu akan menggunakan Suicide Self TK Deck iaitu deck yang akan menolak Life Points anda secepat mungkin untuk mendapat 50 mata dalam satu giliran sahaja.
Dzeef salah seorang youtuber Yu-Gi-Oh! juga memberitahu mengenai masalah ini dan Konami sebenarnya terlepas pandang akan perkara ini.
Namun, terdapat seorang lagi youtuber iaitu Farfa datang menyelamatkan acara ini dengan dek yang menjadi counter untuk Suicide Self TK Deck.
Apa yang Farfa buat ialah menggunakan dek Heal yang sebaliknya menaikkan balik semula Life Points yang telah ditolak oleh musuh.
“Saya tidak benarkan anda untuk mengalahkan diri sendiri, anda perlu bersama-sama saya tidak kira anda suka atau tidak.” ujar Farfa.
Acara ini sebenarnya disebabkan oleh Konami yang terlepas pandang mengenai acara ini.
Apa yang sepatutnya Konami buat ialah memberi insentif untuk pemain menang dari kalah begitu sahaja.