"> " /> " />

Black Friday 2018: Koleksi Jualan Game Murah Untuk PC

Menjelang akhir tahun ini, banyak betul jualan dan promosi untuk melariskan pelbagai barangan termasuk game. Black Friday pula menjanjikan pilihan game PC (dan juga game PS4) dengan harga teramatlah murah melalui jualan dari gedung stor digital terkenal.

Jom kita lihat tawaran-tawaran game PC murah yang tentunya membuatkan poket korang bocor!

Steam Autumn Sale

Steam Autumn Sale baru sahaja bermula hari ini sehingga 28 November 2018. Inilah senarai game yang mendapat potongan diskaun sehingga 93%:

  • Monster Hunter World – RM139.00 RM91.74
  • Borderlands: The Handsome Collection – RM577.00 RM38.04
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM209.00 RM140.93
  • Assassin’s Creed Origins – RM209.00 RM83.60
  • Divinity: Original Sin 2 – Definitive Edition – RM95.00 RM61.75
  • Shadow of the Tomb Raider – RM238.00 RM119.00
  • Far Cry 5 – RM209.00 RM104.50
  • Frostpunk – RM51 RM34.17
  • No Man’s Sky – RM105.00 RM52.50
  • Jurassic World Evolution – RM215.00 RM86.00
  • Middle-Earth: Shadow of War Definitive Edition – RM120.00 RM48.00
  • Sid Meier Civilization VI Gold Edition – RM386.00 RM121.22
  • Hellblade: Senua’s Sacrifice – RM56.00 RM28.00

Blizzard Black Friday

Blizzard menawarkan harga murah untuk game popular mereka sehingga mendapat potongan harga sebanyak 50%. Tawaran ini akan berlangsung sehingga 30 November 2018.

Overwatch juga percuma dimainkan sepanjang minggu Black Friday dan terdapat juga jualan cenderamata dari baju ke buku di Blizzard Gear Store

  • Overwatch Legendary Edition – USD$59.99 USD$19.99 (RM83.51)
  • Overwatch Standard Edition – USD$39.99 USD$14.99 (RM62.62)
  • World of Warcraft: Battle for Azeroth – Nikmati diskaun sebanyak 20% dengan harga bermula dari USD$39.99 (RM167.06).
  • Call of Duty: Black Ops 4 – Nikmati diskaun sebanyak 20% dengan harga USD$47.99 (RM200.48) bagi Standard Edition.
  • Destiny 2: Forsaken – Nikmati diskaun sebanyak 35% dengan harga bermula dari USD$29.99 (RM125.29).
  • Diablo III – Nikmati diskaun sebanyak 50% untuk game penuh berharga USD$19.99 (RM83.51) dan kesemua DLC.
  • StarCraft: Remastered & StarCraft II – Nikmati diskaun sebanyak 50% untuk game penuh dan kesemua DLC.

Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED NEWS

+