Overwatch 2 baru sahaja haramkan ribuan pemain ‘hacker’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pelancaran Overwatch 2 nampaknya masih memberi masalah kepada Blizzard.

Selepas serangan DDoS dan kontroversi pengesahan nombor telefon, kini masalah penggodam pula muncul.

Malah, ditambah pula dengan masalah skin terlalu mahal sehingga RM120 untuk satu, masalah rank matchmaking dan sudah semestinya hacker.

Blizzard kini mengharamkan ramai 3,486 penggodam dalam Overwatch di mana akaun mereka ditutup oleh Blizzard.

Laporan dari pemain bermula apabila ramai nampak Play Of The Game yang sepatutnya menjadi satu masa ditunggu-tunggu tetapi penggodam pula yang dapat.

Soldier 76 diatas menggunakan aim-bot yang sudah semestinya tidak boleh dilawan.

Strimer-strimer Overwatch juga membuat gurauan apabila mengatakan pemain baru Overwatch sangat hebat dari mana-mana FPS yang ada.

RELATED NEWS

+