Blacklist International akan menyumbang kepada mangsa taufan Odette – Bon Chan

Pasukan Blacklist International baru sahaja memenangi Kejohanan Dunia Mobile Legends M3. Mereka membuktikan bahawa perjalanan di lower bracket itu amat mencabar akan tetapi ianya berhasil pada akhirnya.

Mereka berjaya menewaskan pasukan ONIC PH dengan keputusan yang amat mengejutkan 4-0. Segala gerakan dan corak permainan dari ONIC PH dapat diduga dan dibaca oleh pihak Blacklist International.

Di dalam wawancara sejurus kemenangan mereka ke atas ONIC, Bon Chan selaku jurulatih pasukan itu meluahkan rasa gembira yang tidak terhingga di atas kemenangan itu.

“Kami benar-benar ingin meraikan kejayaan ini namun kami juga memikirkan rakan-rakan senegara kami yang menjadi korban taufan. Oleh itu, sebahagian daripada hadiah ini akan kami sumbangkan sebagai bantuan buat mereka,” ujarnya.

“Kami ingin meraikan keputusan ini dengan memberikan senyuman kepada mereka,” tambah beliau.

Taufan yang dikenali sebagai Odette oleh penduduk tempatan di Filipina itu menyebabkan kerajaan mengeluarkan arahan kepada 100 ribu orang penduduk untuk berpindah.

Blacklist International selaku juara membawa pulang AS$300 ribu (RM1.2 juta). Wang itu amat banyak dan boleh diberikan sebahagiannya dalam bentuk sumbangan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada mangsa taufan itu.

Foto: Blacklistmlbb

RELATED NEWS

+