Blacklist International diserang peminat Indonesia? Blacklist keluarkan kenyataan

Ternyata apabila sudah bergelar pasukan profesional yang terkemuka di dunia, pasti akan ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah palsu tentang pasukan itu.

Pasukan Blacklist International tidak terlepas dari dakwaan palsu yang sengaja ditimbulkan oleh individu yang ingin mencetuskan provokasi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MobileLegendsFyi (@mobilelegendsfyi)

Terdapat beberapa petikan kata-kata dari OhMyV33nus yang dimanipulasikan seperti berikut:

“Lawan RRQ ibarat lawan public di Filipina, RRQ tidak berubah dari musim lepas, mereka sama sahaja, tiada peningkatan.”

“Kami ingin jumpa EVOS Legends di M4 kerana jurulatih mereka berkata barisan pemain terkini EVOS lebih kuat dari World, akan tetapi sayang sekali mereka tidak masuk ke playoff,”

Sejurus sahaja perkara ini berlaku, pasukan Blacklist International mengambil tindakan memohon maaf di atas dakwaan itu dan ingin memperbetulkan kembali situasi menjadi pulih seperti biasa.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Blacklist International (@blacklistintl)

Mereka juga memohon untuk semak kembali sumber dakwaan itu supaya tidak mudah terkeliru dan menyerang pasukan mereka.

Blacklist International menghormati kesemua pasukan Indonesia walaupun mereka bermusuhan di dalam permainan. Tujuan mereka membuat permohonan maaf ini adalah untuk menjaga keselamatan para pemain juga dari diserang secara atas talian oleh penyokong Indonesia.

RELATED NEWS

+