Blacklist International muncul juara M3

Peringkat Grand Final Kejohanan Dunia M3 menyaksikan kedua-dua pasukan Filipina iaitu Blacklist International dan juga ONIC PH bertarung demi merebut gelaran juara.

Pasukan ONIC PH tewas di dalam 3 perlawanan terawal selepas corak permainan mereka terus dibaca oleh pasukan Blacklist International.

Mereka seolah-olah kehilangan rentak ketika bertemu dengan pasukan Blacklist.

Perlawanan keempat juga memberikan kelebihan kepada pasukan Blacklist selepas Oheb berjaya mendapatkan hero kegemaran beliau iaitu Beatrix.

Pasukan Blacklist berjaya mengawal peta untuk mendapatkan kelebihan di minit awal permainan.

Setiap kali turtle muncul, pasukan Blacklist sudah bersedia untuk menumbangkannya manakala pasukan ONIC PH bermain dengan lebih pasif selepas mereka kehilangan turtle pertama.

Lord pertama dimulakan pada minit ke-10 oleh pasukan Blacklist selepas mereka mendapat kelebihan gold sebanyak 6 ribu. ONIC PH hanya membiarkan perkara itu berlaku dan bersedia melakukan pertahanan.

Pushing bersama Lord berjaya menjatuhkan 2 inhibitor turret pasukan ONIC PH dan Edward ditumbangkan di dalam serangan itu.

ONIC PH terus diasak oleh pasukan Blacklist dan kesilapan yang dilakukan pada minit ke-13 oleh Kairi berjaya memberikan kemenangan kepada pasukan Blacklist International.

 

RELATED NEWS

+