Borderlands 3: DLC Borderlands 2 Baru Percuma, Trailer Pengenalan Untuk Vault Hunter Terbaru

Gearbox Software dan 2K Games mengesahkan DLC baru untuk Borderlands 2 yang akan memberi pengenalan kepada pemain terhadap apa yang berlaku sebelum game terbaru mereka, Borderlands 3.

Semasa di persidangan Microsoft di E3 2019, trailer terbaru Borderlands 3 turut ditonjolkan di atas pentas yang memaparkan empat Vault Hunter iaitu Moze the Gunner, FL4K the Beastmaster, Amara the Siren dan Zane the Operative.

Dalam trailer di atas, Moze seakan mengikut kelas ‘Soldier’ seperti Roland daripada Borderlands dan Salvador daripada Borderlands 2. Berbanding mengendalikan turet atau pegang dua senjata gergasi, Moze boleh mengeluarkan robot besar bernama Iron Bear.

FL4K menampilkan stail kelas terbaru iaitu berupaya untuk memanggil binatang buas seperti Skag dan Spiderant bagi menyerang musuh. Amara mempunyai kelas Siren yang boleh menyerang musuh dari jarak jauh dengan jelmaan enam tangan manakala Zane lebih taktikal dengan gabungan unik serangan padu Zer0 dan pengklonan diri seperti Handsome Jack.

DLC baru berjudul Commander Lilith & The Fight for Sanctuary diumumkan iaitu dihiasi dengan seorang Siren, Lilith yang pernah muncul di Borderlands 1 kembali mengetuai The Crimson Raiders bagi mengalahkan anasir jahat yang mengganggu Sanctuary di planet Pandora.

Korang boleh dapatkan DLC Borderlands 2 baru ini secara percuma kepada pemilik Borderlands 2 dan Borderlands: The Handsome Collection bermula sekarang sehingga 8 Julai.

Borderlands: The Handsome Collection juga percuma bagi pelanggan PS Plus untuk bulan ini dan jangan risau, korang boleh nikmati DLC ini tanpa bermain Borderlands 2 dengan memilih untuk terus ke kempen DLC dengan karakter level 30 secara automatik. Untuk info lanjut, korang boleh rujuk di sini.

Borderlands 3 bakal dilancarkan pada 13 September 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+