Branz kembali ke Bigetron Alpha

Gara-gara isu yang tular baru-baru ini, Branz dikenakan tindakan tatatertib oleh pasukan BTR. Beliau tidak bertanding di dalam MSC 2021.

Hal ini kerana Branz sudah melakukan perkara tidak senonoh di dalam penstriman langsung tempoh hari, keadaan bertambah buruk apabila beliau lupa untuk menutup mikrofon dan menyebabkan ribuan peminat tidak senang dengan hal itu.

Branz sudah pun membuat permohonan maaf tempoh hari dan mengaku kesalahannya. Branz adalah bintang dari pasukan BTR yang berjaya membawa pasukannya ke perlawanan akhir MPL ID musim ketujuh menentang EVOS Legends.

Walau bagaimanapun, BTR kini sudah mengumumkan Branz sudah kembali di dalam pasukan dan akan bermain untuk skuad itu di musim kelapan. Kapten pasukan itu juga adalah salah seorang jungler terbaik di arena e-sukan Mobile Legends Indonesia.

Peminat pasti tertanya-tanya apakah posisi Branz saat bermain untuk musim kelapan memandangkan kehadiran Bottle di dalam pasukan. Adakah beliau masih lagi bermain di posisi jungler? Apakah pendapat anda semua?

RELATED NEWS

+