BTR sambar slot terakhir Piala Presiden Esports 2021

Pusingan kelayakan terbuka Piala Presiden Esports 2021 menyaksikan pasukan EVOS Legends akan bertemu dengan Bigetron Alpha di peringkat akhir.

BTR berjaya mendapatkan slot terakhir peringkat kumpulan itu selepas berjaya menewaskan EVOS Legends dengan skor 2-0.

Malang sekali buat EVOS Legends, mereka sebelum ini tewas di peringkat kelayakan tertutup di tangan Alter Ego dengan skor 3-2. Tahniah diucapkan kepada BTR kerana berjaya mendapatkan slot terakhir itu.

BTR bermain tanpa Rippo kali ini. Terdahulu, Rippo mengesahkan bahawa beliau akan mengambil cuti sebulan setengah untuk pulang ke kampung halaman dan merehatkan diri beliau.

Foto: Bigetron Esports

 

RELATED NEWS

+