BTS sah jadi duta global jenama Free Fire

Garena hari ini mengumumkan ikon Pop abad ke-21, BTS kini sah menjadi duta global bagi Free Fire.

Kolaborasi ini menyaksikan kumpulan lelaki popular dengan jumlah penstriman tertinggi seluruh dunia ini akan memasuki dunia Free Fire pada bulan Mac ini.

“BTS adalah fenomena global; pengaruh mereka tiada tolok bandingnya. Kami teruja dapat bekerjasama dengan BTS sebagai duta jenama dan tidak sabar untuk kongsi pelan kolaborasi yang kami ada,” kata Produser Free Fire, Harold Teo.

BTS sudah pun menempa nama sebagai kumpulan KPOP yang disukai ramai dalam skala global dan memenangi banyak anugerah. Pemain dan peminat Free Fire dan BTS boleh menikmati lebih banyak acara kolaborasi, aktiviti dalam permainan dalam bulan ini kelak.

Nantikan lebih banyak info di laman rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Youtube Garena.

RELATED NEWS

+