Free Fire: Ses Alfaink juara Siri Pro Snapdragon musim kedua

Pasukan Indonesia, Ses Alfaink beraksi kurang meyakinkan pada hari pertama Grand Finals Siri Pro Snapdragon apabila sekadar menghuni posisi keempat keseluruhan.

Pasukan itu seakan tidak mengenal erti mengalah selepas memperagakan aksi bergaya memintas gergasi-gergasi Thailand pada hari kedua kejohanan tersebut.

Ses Alfaink konsisten mengumpul mata sepanjang empat pusingan awal iaitu sebanyak 51 mata. Pusingan kelima menyaksikan penguasaan pasukan itu meraih Booyah pertama dengan 10 mata singkir.

Meskipun mempamerkan aksi yang meyakinkan sepanjang lima pusingan, Ses Alfaink menghadapi detik sukar di penghujung pusingan apabila disingkirkan lebih awal di posisi kelima selepas tunduk kepada EArena di kawasan Militia.

Perkara itu agak mendebarkan peminat yang mengharapkan pesaing terdekat, First Raider Eclipse dan Evos Phoenix tidak mengutip sebarang mata tambahan pada lewat permainan.

First Raider memperoleh Booyah terakhir dengan jumlah penyingkiran sebanyak 16 mata di peta Alpine.

Walau bagaimanapun, Ses Alfaink muncul juara perseteruan itu dengan jurang lima mata sahaja di hadapan First Raider Eclipse iaitu sebanyak 149 mata secara keseluruhan.

Berikut adalah markah keseluruhan bagi hari akhir Siri Pro Snapdragon Mobile Challenge:

RELATED NEWS

+