Free Fire: Juara Dunia, Evos Phoenix dahului hari pertama Grand Finals ESL Snapdragon Pro Series

Selesai hari pertama Grand Finals Siri Pro Snapdragon, penyandang juara dunia dua kali iaitu Evos Phoenix tampil bergaya di posisi pertama.

Kemampuan pasukan itu sukar disangkal lagi apabila menamatkan hari pertama dengan pungutan dua Booyah.

Walaupun tidak memperoleh Booyah pada awal pusingan tetapi pasukan itu seolah-olah mengeluarkan ‘bisa’ sebenar pada hujung permainan.

Booyah pertama berjaya dikutip pada pusingan kelima di peta Bermuda apabila berjaya menjaga kawasan Pochinok hingga akhir permainan. Sembilan mata singkir didapatkan dengan mata keseluruhan sebanyak 21 mata.

Peta Kalahari menjadi penutup hari pertama Grand Finals dan Evos Phoenix mencuri tumpuan apabila mendapatkan Booyah seterusnya. 11 mata singkir dikumpul dengan mata keseluruhan sebanyak 23 mata.

Dominasi tersebut meletakkan pasukan itu di persada liga dengan 80 mata manakala diikuti rapat rakan senegara Attack All Around (AAA) dan King Of Gamers Club (KOG) dengan mata masing-masing 70 dan 80 mata.

Hari kedua Grand Finals Siri Pro Snapdragon akan berlangsung pada hari seterusnya iaitu pada 5 Februari dan bersiaran secara langsung di platform Twitch, Youtube dan Facebook ESL Malaysia.

RELATED NEWS

+