Team Caracal nafi jual ‘game’ pada pasukan Homebois

Pengurus pasukan Team Caracal, Mohamad Zawir Zakari, 31 atau lebih dikenali sebagai Tupai menafikan berlakunya isu jual ‘game’ pada perlawanan menentang Homebois di minggu terakhir Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan, semalam.

“Kami dari pihak pengurusan Team Caracal sememangnya menafikan dan menolak langsung dakwaan netizen yang mengatakan kami menjual ‘game’ kepada Homebois.

“Perlawanan-perlawanan sebelumnya pun kami lose streak dan atas dasar apa kami nak membiarkan pasukan Homebois menang begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi MyGameon.

Tupai juga mengatakan antara sebab utama prestasi Team Caracal menurun disebabkan pemain bermain di atas pentas.

“Saya pun hairan kenapa prestasi pemain Caracal sangat berbeza bila bermain di atas pentas, sewaktu latihan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah tetapi bila bermain di atas pentas lain pula jadinya.

“Pada permulaan musim liga, Team Caracal menunjukkan prestasi yang sangat baik tetapi itu semua berakhir apabila di minggu ketiga Team Caracal kalah 2-0 di tangan pasukan Todak,” katanya.

Menurutnya, Caracal menyasarkan menjadi top 4 di playoffs namun optimis ingin lakukan yang terbaik buat peminat.

Terdahulu, HomeBois berada di kedudukan genting apabila perlu bersaing mata dengan MAB Esports bagi melayakkan diri ke playoffs. Kelebihan mata HomeBois dengan kemenangan ke atas Team Caracal sekaligus melayakkan mereka.

Di pusingan playoffs bermula 21 April ini, Team Caracal sekali lagi akan bertembung dengan HomeBois di lower bracket.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Semoga Team Caracal berjaya menemukan rentak mereka semula nanti.

RELATED NEWS

+