Setiap orang pasti mempunyai cara untuk menyambut kejayaan ketika sedang bermain ‘game’.
Penstrimer Twitch berasal dari German bernama Crossmauz ini akan buat pesta Rave untuk setiap mata bunuh yang didapatkan dalam Call of Duty: Modern Warfare 2.
Crossmauz malah mengawal rave yang ada dengan penuh lampu laser mengikut lagu dan paling mengejutkan terdapat satu semburan api juga dibuat.
Dia juga selalunya menggunakan Just Chatting dan Music untuk penstrimannya kerana selalunya Crossmauz hanya membuat parti rave.
Semua orang mula mengenali Crossmauz apabila terdapat seorang pengguna Twitter @kittyzandpichu membuat tweet untuk beritahu perkara ini.
“Saya dibunuh di Modern Warfare 2 dengan laman Twitch di namanya dan ini yang saya jumpa,”
just got killed by this kid on steam mw2 with twitch in his name and this is what i see pic.twitter.com/yjYYOkj0Hy
— pj 黒 (@kittyzandpichu) April 11, 2022
Crossmauz dikatakan akan berehat sebentar dari membuat pesta rave untuk minggu hadapan.