Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari
Patch 4.1 League of Legends: Wild Rift memperkenalkan dua champion baharu iaitu Urgot dan Twitch.
Kedua-dua hero ini adalah marksman yang boleh mengawal lane mereka dengan sangat efisien.
Terdapat penambahan item untuk hero-hero Tank iaitu Amaranth Twinguard, Mantle of the Twelfth Hour, Searing Crown, Abyssal Mask, Force of Nature, Thornmail, Sunfire Cape dan Bramble Vest.
Penambahan item ini bagi membantu hero Tank menjadi lebih kuat untuk berada di barisan hadapan ketika berperang.
Wild Rift akan mengubah sistem leveling akaun di mana jika pemain mencapai level 40 di Wild Rift, mereka akan dapat mengakses sebuah sistem level ‘prestige’.
Pemain yang mencapai sistem level ‘prestige’ akan mendapat bintang yang boleh ditunjukkan di profil mereka.
Ranked musim ke-9 sudah pun bermula dan terdapat perubahan dalam sistem ranking juga.
Mulai musim ke-9, pemain yang mahu ke Grandmaster perlu mendapat 40 markah manakala untuk ke Challenger, pemain perlu mendapat 60 markah.
Untuk Wild Pass musim ke-9, Superhero Vi akan menjadi skin untuk musim ini yang boleh didapati pada pengakhiran Wild Pass.