Twitch bakal memecat lebih 35% dari kakitangan mereka mulai hari ini. Jumlah pekerja yang bakal hilang pekerjaan adalah sebanyak 500 orang.
Ini adalah pemecatan kerja kedua terbesar selepas pemecatan yang dibuat oleh mereka pada Mac tahun lalu. Syarikat induk mereka Amazon Games juga sudah memecat 180 pekerja juga.
Dengan berita Twitch keluar dari Korea Selatan nampaknya Twitch terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan kos perniagaan mereka.
Twitch akan tinggal dengan hanya 930 orang kakitangan selepas pemecatan ini.