Semalam, Twitch dikecam ramai pengguna dan streamer selepas mengumumkan perubahan untuk beberapa peraturan kandungan berjenama (branded content).
Hal ini membuatkan ramai streamers bakal hilang wang penaja mereka apabila tidak lagi boleh menggunakan sepanduk iklan besar di strim mereka lagi.
Anda hanya boleh menggunakan sepanduk yang hanya sebesar 3% sahaja dari skrin strim mulai 1 Julai ini.
Twitch has new Branded Content Guidelines.
– On-stream logos are limited to 3% of screen size.
– Burned-in video Ads are NOT allowed.
– Burned-in Display Ads are NOT allowed.
– Burned-in Audio Ads are NOT allowed.#TwitchNews #TOSgg pic.twitter.com/QrlrQhGAbm— Zach Bussey (@zachbussey) June 6, 2023
Peraturan ini menghalang logo besar atau apa-apa video dan audio terus di skrin strim.
Ramai streamer besar mengecam tindakan ini dan ramai juga mengatakan boikot untuk Twitch.
Ada juga yang betul-betul mahu berhenti stream di Twitch dan pergi ke pelantar yang lain.
Peraturan ini kini tertakluk untuk semua pengguna platform itu.
Pengumuman makan diri ini akhirnya disedari Twitch dan mereka mengeluarkan mohon maaf dan akan meneliti semula peraturan ini.
Today’s branded content policy update was overly broad. This created confusion and frustration, and we apologize for that.
— Twitch (@Twitch) June 6, 2023
Asmongold yang merupakan antara salah satu streamer terbesar Twitch juga mengatakan inilah masanya untuk boikot Twitch.
I don’t say it lightly but I think this is a legitimate situation where streamers should consider boycotting Twitch or moving to other platforms
Making common and harmless forms of advertisement literally against ToS so Twitch can monopolize more of streamers income https://t.co/LgofvJKnWo
— Zack (@Asmongold) June 6, 2023
Terma baru ini menunjukkan Twitch bakal menjadi monopoli besar daripada hasil pendapatan streamer mereka.
Banyak pertandingan e-sukan juga akan terkesan dengan tindakan ini apabila banyak pertandingan sangat memerlukan penaja luar.
Tahun lepas sahaja Twitch telah mengeluarkan polisi langganan baru yang menyebabkan ramai streamer-streamer kecil hilang banyak pendapatan mereka dengan pembahagian 50:50.