Build Saber Jungler oleh Mobazane

Semalam kita dikejutkan dengan kemenangan pasukan Blood Thirsty King (BTK) ke atas pasukan Blacklist International. Mereka menunjukkan semangat yang kuat dan corak permainan yang luar biasa ketika itu.

Pasukan Blacklist International dianggap sebagai tournament favorite dan BTK menolak semua kemungkinan untuk pasukan Blacklist mendominasi.

Di perlawanan pertama pembukaan hari playoff, pasukan BTK membawa masuk Saber sebagai jungler. Satu keputusan di luar jangkaan pasukan Blacklist International.

Walaupun Saber sudah tidak berada di kelompok hero meta, namun Mobazane membuktikan bahawa Saber adalah hero assassin yang sangat luar biasa. 

Untuk peringkat permulaa, Mobazane membeli tough boots untuk menambahkan pertahanan hero itu dari serangan magic kerana pasukan Blacklist mempunyai 2 hero mage iaitu Pharsa dan Harith yang mampu memberikan burst damage kepada Saber.

Kemudian, beliau menyiapkan barang core yang diperlukan setiap jungler melee iaitu War Axe.

War Axe menambahkan kekuatan Saber dan menambahkan lagi kelajuan pergerakan hero itu di dalam peta. Dengan War Axe di dalam tangan, Mobazane mudah untuk burst hero seperti Harith di dalam pertarungan.

Tidak lama selepas itu, Mobazane terus menyiapkan Hunter Strike untuk menambahkan kekuatan serangan dan juga mengurangkan lagi cooldown Triple Sweep untuk beliau menumbangkan pasukan Blacklist International.

Akhir sekali, beliau menyiapkan Endless Battle dan Malefic Roar untuk memastikan setiap kali Triple Sweep dilancarkan pasti akan menumbangkan hero itu selain memberi penambahan kekuatan untuk menghancurkan turret.

Immortality disiapkan sebagai barang terakhir untuk survivality. Adakah anda juga ingin mencuba build yang digunakan oleh Mobazane? Nyatakan di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

RELATED NEWS

+