Bukan hilang Aegis.. netizen kena ‘troll’ dengan Tundra Esports

Susulan kemenangan Tundra Esports di The International 2022 yang mana mereka menewaskan Team Secret 3-0, pasukan itu menyambut kemenangan dengan satu ciapan kontroversi. Katanya, Aegis of Champions yang dijulang di acara penutup kejohanan itu hilang.

Ciapan itu juga membuatkan perkataan Aegis menjadi sohor kini semalam sehingga mencapai hampir 8,000 tweets di ruangan trending.

Banyak komen balas juga menanyakan ke mana hilangnya trofi juara dunia itu tapi ada juga yang berseloroh mengatakan Tundra hanya main-main saja.

Rupa-rupanya memang betul Tundra ‘troll’ netizen dengan ciapan balas kepada tweet asal itu.

Ada juga yang terkesan dengan ciapan itu dan berharap Aegis itu benar-benar hilang dan bukannya jenaka.

Sebelum ini, Tundra menjadi pasukan yang tidak terkalah di playoffs The International 2022 dan mereka juga dianggap sebagai Wings Gaming 2016 yang mana draft mereka bersifat unorthodox dan sukar dibaca pihak lawan.

Tundra juga mempunyai jurulatih AUI_2000 yang juga pernah menjulang Aegis bersama Evil Geniuses (EG) pada TI 5.

RELATED NEWS

+