Call of Duty: Modern Warfare Menyajikan Trailer Penceritaan Baru & Mod Special Ops Survival Khas Untuk PS4

Call of Duty: Modern Warfare akan hadir ke tangan pemain tidak lama lagi. Activision dan Infinity Ward mendedahkan trailer penceritaan baru yang menampilkan karakter-karakter yang dikenali ramai peminat siri Call of Duty.

Dalam trailer di atas, protagonis utama Modern Warfare asal pada 2007, Captain John “Soap” McTavish turut muncul dan memberitahu serba sedikit tentang penglibatan Captain John Price yang bekerjasama dengan pasukan SAS dan CIA serta pejuang kebebasan,  Urzikstani Liberation Force untuk mengambil senjata kimia yang telah dicuri. Modern Warfare terbaru ini akan menyentuh isu-isu peperangan di zaman moden, pergolakan politik dan keganasan.

John “Soap” McTavish

Sempena State of Play, pemain PS4 boleh cuba mod Special Ops Survival secara eksklusif selama setahun sebelum pemain platform lain sehingga 1 Oktober 2020.

Call of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 25 Oktober 2019 dengan fungsi cross-play!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+