RSG MY umumkan pengambilan terbuka untuk bakat-bakat baru

RSG MY kini mengumumkan pengambilan terbuka untuk bakat-bakat baru permainan peranti mudah alih seperti Mobile Legends, PUBG Mobile dan juga COD Mobile.

Pengumuman ini dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka sebentar sahaja tadi. Para pemain yang ingin mencuba bermain secara profesional dan merasai pengalaman di dalam arena kompetitif amat digalakkan.

Anda boleh mendaftar di pautan yang diberikan di atas. Inilah peluang untuk menunjukkan bakat anda yang terpendam selama ini.

Terdahulu, pasukan RSG MY divisi MLBB menyaksikan Leixia dan rakan-rakannya memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka.

RELATED NEWS

+