Camy dan Guile dari Street Fighter sertai Fortnite

Dua karakter Street Fighter, Cammy dan Guile kini rasmi sertai Fortnite di dalam Item Shop pada 7 Ogos 2021.

Seperti yang didedahkan Pasukan Fortnite, dua karakter itu adalah karakter Street Fighter seterusnya sertai Fortnite selepas Ryu dan Chun-Li yang tiba pada Februari lalu. 

Pakaian Guile ialah satu penghormatan buat pakaian hijau klasik yang dipakainya di dalam Street Fighter II dan ia juga didatangkan dengan Glistering Guile Variant dan K.O Backbling.

Cammy – ahli Delta Red – juga didatangkan dengan pakaian klasik dan Tactical Cammy Variant dan Borealis Backer Back Bling.

Jika anda berhasrat untuk membeli kedua-dua ini bersama, pakaian, Back Blings dan skrin memuat Round 2 akan disertakan di dalam Cammy and Guile Bundle. Manakala Cammy & Guile Gear Bundle akan memberi anda Knuckle Buster Pickaxe Guile, Delta Red Bowie Blade Pickaxe Cammy dan V-Trigger Vector Glider yang diinspirasikan dari pentas original Guile. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakaian Cammy dan Borealis Backer Back Bling sebelum tarikh rasmi, anda perlu bersaing di Cammy Cup pada 5 Ogos untuk memenangi untuk diri anda dan rakan-rakan barangan ini. 

Pasukan yang mendapat tempat teratas di setiap rantau di dalam kejohanan Duos ini akan mendapat dua barangan ini dan pasukan yang dapat mata kurang daripada lapan, akan mendapat skrin memuat Round Two.

Artikel ini adalah diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+