Streamer fenomena, Tyler “Ninja” Blevins mengesahkan dia didiagnos dengan kanser kulit, melanoma.
Ia berikutan dalam satu pemeriksaan kesihatan selepas ‘tahi lalat’ yang dibuang dari kakinya sebenarnya adalah kanser. Bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana ia masih di peringkat awal.
Alright I’m still in a bit of shock but want to keep you all updated. A few weeks ago I went in to a dermatologist for an annual skin/mole check that Jess proactively scheduled for me. There was a mole on the bottom of my foot that they wanted to remove just to be careful. It…
— Ninja (@Ninja) March 26, 2024
“Saya bersyukur sebab ‘menjumpainya’ awal, tapi sila ambil maklum yang ini adalah peringatan untuk kita semua melakukan pemeriksaan terhadap kondisi kulit,” katanya.
Dia juga berkata pakar sudah pun membuang sebahagian besar melanoma dan di bawah mikroskop, mereka mampu menelitinya dan berharap ia tidak merebak ke bahagian anggota badan lain.
Ninja dikenali dengan penstriman Fortnite sejak 2017 dan menjadi streamer terkenal, membuat kemunculan di kaca televisyen dan media cetak.
Sumber rujukan: IGN