Fortnite buang emote Travis Scott

Berikutan kejadian yang menimpa penonton konsert Travis Scott di Astrowold di Houston, Texas baru-baru ini, pihak Fortnite mengambil langkah membuang emote ‘Out West’ daripada Daily Item Shop.

Buat masa ini, pihak Fortnite menutup bahagian Daily di Item Shop mereka dan akan mengemaskini kandungan baharu pada masa akan datang. 

Selain emote, Fortnite juga dikatakan memadam kandungan lain yang berkaitan dengan Travis Scott seperti pakaian, backblings, rage emote, semburan dan skrin memuat permainan.

Sebelum ini, lapan individu dilaporkan terkorban dan ramai yang cedera akibat rempuhan ketika menghadiri konsert di Astroworld. Hal ini mengakibatkan Travis Scott dan Drake dikenakan saman selepas dikatakan “menggalakkan kekacauan” ketika konsert itu berlangsung.

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+