Capcom capai rekod keuntungan yang tinggi gara-gara Resident Evil Village dan Monster Hunter Rise

Capcom sudah mengumumkan bahawa penjualan dan keuntungan bersih mereka mencapai tahap tertinggi disebabkan pengeluaran permainan video baru dan penjualan melalui kaedah digital pada suku lalu.

Pengumuman itu disiarkan melalui laman web rasmi mereka. Syarikat itu mengatakan bahawa hasil untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun, menunjukkan penjualan bersih meningkat sebanyak 104.1% dari tahun ke tahun. 

Capcom mengaitkan kejayaannya dengan pelancaran permainan video popular Resident Evil Village baru-baru ini untuk francais itu. Ia terjual lebih dari 4.5 juta salinan di pelbagai platform.

Selain itu, Capcom melaporkan terdapat peningkatan berterusan dari Monster Hunter Rise yang memulakan debutnya di Nintendo Switch pada bulan Mac.

Mereka menambah kenyataan, penjual digital yang mempunyai margin tinggi meningkat dengan ketara dan mendorong hasil keuntungan. Jumlah penjualan sebanyak 13.3 juta unit jauh melebihi 9.2 juta unit dalam tempoh yang sama tahul fiskal sebelumnya.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+