Capcom hari ini mengeluarkan satu permainan video baharu mereka.
Permainan video ini akan membawa penceritaan dunia manusia menggunakan sut robot untuk berlawan dengan dinosaur.
Exoprimal seakan-akan World War Z tetapi dari berlawan zombie anda akan berlawan dinosaur.
Dinosaur ini akan datang dari dimensi lain dan dunia ini mempromosikan serangan dinosaur ini seperti rancangan realiti televisyen.
Ramai orang pada mulanya menyangka Capcom akan membawa kembali Dino Crisis namun apakah daya ini dinosaur dari dimensi lain.
Exoprimal akan memperkenalkan co-op untuk lima pemain serentak dan setiap sut akan membawa role mereka tersendiri.
Permainan video ini akan dijangka keluar pada tahun hadapan.