Capcom baru-baru ini menambah satu perisian perlindungan fail untuk beberapa permainan video lama mereka.
Perisian itu digelar Enigma Protector.
Ia dibuat untuk melawan dengan permainan video cetak rompak mereka.
Tetapi hal ini membuatkan mod-mod di PC terus rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Capcom mengatakan penggunaan mod adalah sama seperti menggunakan cheats di dalam permainan video mereka.
Antara permainan video yang ditambah perisian itu adalah Resident Evil: Revelations dan hal ini membuatkan ramai peminat marah dan membuat review negatif terhadap permainan itu di Steam.
Penggunaan perisian Enigma Protector ini boleh dikatakan sudah menghancurkan kesemua mod dan komuniti mod yang bermain permainan video Capcom.
Bagaimana hal ini bermula?
Beberapa bulan lepas juga, Capcom terpaksa mengawal publisiti tidak baik apabila penggunaan mod bogel Chun Li yang ditayangkan secara siaran langsung di Twitch.
Capcom terus mengeluarkan amaran untuk pemain-pemain yang mengubah permainan video itu.
Malah Disember tahun lepas, Capcom juga dilaporkan membuat laporan terhadap mana-mana video YouTube yang menunjukkan Monster Hunter Rise Sunbreak yang dimainkan dalam mod.
Sejak itu, banyak permainan video lain Capcom sudah diubah dan ditambah dengan Enigma Protector.
Permainan video Capcom sudah lama menjadi antara permainan video yang paling banyak ditambah mod terutamanya di PC.
Mods di Street Figther, Resident Evil dan Monster Hunter adalah antara yang paling banyak dimuat turun.
Nampaknya, Capcom kini sedang merancakkan usaha mereka unutk mengekang penggunaan mods dalam permaina video PC mereka.
Digital rights management (DRM) adalah cara syarikat menjaga hak cipta media digital mereka dengan menambah apa-apa perisian untuk menghalang penjualan permainan video cetak rompak.
Penambahan Enigma Protector juga sudah merosakkan beberapa permainan video Capcom di pelantar Steam Deck.
Ramai juga peminat memohon agar Capcom membuat pertimbangan semula dengan penggunaan mod kerana banyak mod yang digunakan adalah untuk perubahan visual dan cita rasa pemain.
Mods sudah menjadi antara tunjang satu-satu permainan video itu di PC dan banyak menjadi penyebab lama jangka hayat suatu permainan video itu.