80% dari Generasi Z dan Millenials bermain permainan video dalam tahun 2021

Sejak era yang penuh moden dengan naik taraf elektronik yang sentiasa berubah, permainan video juga menjadi satu medium yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman.

Artikel kali ini bakal menunjukkan bahawa millenial dan Gen Z dalam tahun 2021 suka menonton video dan juga bermain permainan video di telefon.

Semua statistik adalah berdasarkan laporan baharu dari Newzoo.

Perubahan generasi

Gen Z Millennials video games 2021

Dari graf di atas generasi yang menyukai permainan video adalah Generasi Z. Mengikut graf sebanyak 81% dari Generasi Z adalah gamers.

Manakala untuk Millenials pula lebih kurang 71%, Generasi X dengan 60% dan akhirnya Baby Boomers dengan 42%.

Nyata semua generasi sekarang bermain permainan video tidak mengira umur.

Gen Z lebih banyak meluangkan masa untuk konten permainan video

Gen Z Millennials video games 2021

Pemain-pemain mudah juga banyak melihat atau mencari topik yang berkaitan dengan permainan video.

75% untuk Gen Z dan 71% untuk Millenials. Kedua-dua generasi ini menggunakan permainan video sebagai hiburan utama.

Generasi Z dan Millenials banyak menggunakan pelantar permainan video

Gen Z Millennials video games 2021

Dari infografik di atas, generasi muda lebih suka meluangkan masa di pelantar lain manakala generasi tua seperti baby boomers lebih kepada penggunaan telefon.

Ini kerana generasi mudah lebih memilih dalam pelantar untuk bermain permainan video.

Generasi muda juga tidak menggunakan hanya satu pelantar sebaliknya bertukar-tukar mengikut permainan video yang menjadi minat mereka sendiri.

Menarik bukan? Dari perubahan permainan video pada zaman dahulu sehingga permainan video dengan grafik realistik, permainan video semestinya menjadi antara hobi yang paling disukai ramai untuk tahun 2021 ini.

RELATED NEWS

+