Capcom Umum Resident Evil 2 Demo ‘1 Shot’ – Boleh Download Bermula 11 Januari Ini!

Hmm, Capcom tahu-tahu aje yang peminat dah lama dahagakan demo Resident Evil 2. Mana taknya, selama ini demo boleh dimainkan di acara Sony yang tertentu saja, kali ini ia akan hadir ke PlayStation Store!

Pada 11 Januari ini, korang ada masa HANYA 30 MINIT untuk meneroka balai polis Raccoon City sebagai Leon S. Kennedy! Semestinya penulis sendiri taknak spoilkan apa-apa tapi kalau korang nak tahu macam mana hands-on untuk playable demo sebelum ini, sila klik pautan di bawah!

Baca lanjut: Resident Evil 2 Demo Di PSX SEA 2018

Berbeza dengan demo lain di E3 2018 atau PlayStation Experience di Bangkok, penjelajahan korang ada masa terhad. Apabila sudah mencecah 30 minit, korang tak boleh lagi teruskan permainan. Tapi kalau Leon mati, korang boleh teruskan dan tak perlu bermain dari awal. Tapi masa tak boleh berpatah balik. Selepas 30 minit, demo itu akan berakhir dan korang akan menyaksikan iklan acah eksklusif untuk demo itu.

Bersedia ya untuk demo ini yang akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan Steam pada 11 Januari. Kalau korang rasa tak sempat untuk teroka lebih lama, cuba guna akaun Steam ataupun PSN berlainan, mana tahu boleh ke kan..? 

Resident Evil 2 secara rasminya akan hadir ke ketiga-tiga platform ini bermula 25 Januari.

Sumber: CapcomUnity

RELATED NEWS

+