Catherine: Full Body Akan Dilancarkan Pada 3 September Ini Di Amerika & Eropah

Catherine: Full Body akhirnya mendapat tarikh pelancaran iaitu pada 3 September! hanya untuk PS4 saja di pasaran Barat. Untuk pasaran Malaysia, masih belum ada info lanjut.

Atlus juga menyatakan permainan ini akan hadir dengan alih suara Bahasa Inggeris serta Jepun.

Selain siri Persona, Atlus juga dikenali dengan permainan baru iaitu Catherine, sebuah game aksi-kembara yang dikeluarkan di PS3 dan Xbox 360 pada 2011.

Permainan itu dah pun dipasarkan sebanyak 1 juta unit dan mempunyai pengikut yang agak ramai. 

Untuk game ini sendiri, ia menggunakan tema juvenile adults dan tema serta jalan penceritaan matang menarik minat ramai orang mencubanya.

Catherine: Full Body pula bukan sekadar pelancaran kembali permainan ini tapi juga menyertakan cut-scenes baru, sinematik animasi dan juga penceritaan yang berpecah kepada beberapa bahagian. Ia juga memasukkan pelakon suara yang sama termasuklah Troy Baker.

Ia akan dilancarkan pada September nanti jadi korang akan saksikan lebih banyak teaser sebelum pelancaran. Buat sementara ini, korang boleh saksikan bagaimana gameplay untuk demo permainan ini.

 

RELATED NEWS

+