CD Projekt Red beli studio pembangun permainan indie

CD Projekt Red, studio pembangun dan penerbit bagi Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3 itu mengumumkan pemilikan sebuah studio pembangun indie yang berpangkalan di Boston, US – The Molasses Flood. 

The Molasses Flood ditubuhkan oleh veteran pembangun Bioshock, Halo dan Guitar Hero pada 2014 yang membangunkan permainan survival seperti The Flame in the Flood dan permainan aksi Drake Hollow.

Dikatakan pembelian studio ini kerana mereka kini sedang dalam proses membangunkan sebuah projek yang berasaskan salah sebuah francais yang diterbitkan oleh CD Projekt Red. Bagaimanapun, The Molasses Flame akan beroperasi secara sendiri. 

Mungkin kita akan dapat permainan baru daripada francais The Witcher atau Cyberpunk 2077? 

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+