5 karakter permainan video yang sanggup buat apa sahaja demi cinta

Permainan video selalunya dikaitkan dengan pertarungan dan cinta jarang disebut-sebut.

Namun kali ini kita akan melihat lima karakter permainan video yang sanggup buat apa sahaja demi cinta.

Tidak kira cinta terhadap keluarga, rakan dan orang tersayang banyak karakter permainan video yang sanggup melakukan apa sahaja demi kesemua ini.

1. Kratos (God of War)

God Of War: 10 Ways Kratos Matured After The Third Game | CBR

Kratos dalam entri awal antara karakter yang paling banyak kemarahan sangat berbeza dengan Kratos dalam God of War (2018).

Boleh dikatakan Kratos menghancurkan Olympus disebabkan kematian Lysandra dan Calliope.

Apa yang berlaku Kratos secara tidak sengaja membunuh isteri dan anaknya disebabkan penipuan Ares.

Disebabkan itu dia yang sangat menyayangi keluarganya kini membalas dendam terhadap Ares dan seluruh dewa-dewi di Olympus.

Kratos kemudiannya lari ke Midgard dan mengahwini isteri barunya yang sudah meninggal dan menjaga anak lelakinya Atreus.

2. Geralt of Rivia (The Witcher)

Geralt of Rivia Will Be in a Game This Year That's Not The Witcher

Geralt pada mulanya terpaksa menjaga Ciri disebabkan law of surprise.

Di dalam The Witcher, ia adalah satu peraturan jika seorang itu berhutang atau terhutang budi dan perlu membayarnya jika diperlukan.

Kini Geralt terpaksa menjaga Ciri.

Bagaikan bapa dan anak, Geralt sanggup membuat apa sahaja untuk menjaga Ciri.

Gadis itu yang menjadi titik permulaan banyak malapetaka di masa akan datang tetap dijaga dengan baik oleh Geralt.

Ciri dijaga dengan baik oleh Geralt dan dia juga menjadi mentornya untuk menjadi seorang Witcher.

Geralt juga banyak mengorbankan dirinya untuk berlawan dengan The Wild Hunt bagi menyelamatkan Ciri dan dunia Witcher.

3. Asura (Asura’s Wrath)

Asura's Wrath is fully playable on PC thanks to the RPCS3 emulator | PC  Gamer

Asura adalah bekas salah satu Dewa Eight Guardian Generals.

Namun Asura sudah dibelot dan dibuang ke Bumi.

Bukan itu sahaja anak perempuannya diculik dan isterinya dibunuh.

Kini Asura sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya dan membalas dendam terhadap semua Guardian Generals.

Asura mengambil masa 12,500 tahun untuk menyelamatkan anaknya.

4. Cody dan May (It Takes Two)

It Takes Two Passes 5 Million Copies Sold

Cody dan May adalah suami dan isteri yang hampir bercerai disebabkan masalah rumahtangga.

Namun Rose, anak mereka tidak mahu mereka berpisah dan secara tidak sengaja telah menjatuhkan satu sumpahan ke atas Cody dan May menjadi patung mainan.

Kini Cody dan May terpaksa berjalan di dunia yang pelik untuk lari dari dunia tersebut dan akhirnya menjumpai cinta kembali untuk bersama.

5. Mario (Super Mario Bros)

Mario dan Princess Peach antara pasangan permainan video paling popular di dalam dunia.

Mario sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Peach dari pegangan Bowser.

Dalam permainan asal Mario sentiasa tidak dapat menyelamatkan Princess Peach kerana Bowser sentiasa mengubah Peach ke istana yang lain.

Apa lagi cinta mahupun percintaan yang paling anda ingat dalam permainan video?

RELATED NEWS

+