The Witcher: Monster Slayer kini dilancarkan di IOS dan Android

The Witcher: Monster Slayer, set permainan augmented reality kini boleh dimuat turun di IOS dan Android secara percuma.

Permainan ini dicipta oleh Spokko, The Witcher: Monster Slayer adalah permainan AR di mana pemain akan mengambil peranan sebagai Witcher baru dan menjelajah ke dunia nyata untuk memburu lebih dari 100 jenis raksasa. Sebilangan dari raksasa itu hanya akan muncul di lokasi tertentu atau pada waktu pagi.

Sekiranya anda log masuk sebelum 28 Julai, anda akan mendapat Kaer Morhen Steel Sword yang akan meningkatkan jumlah EXP (Experiences) sebanyak 10% yang anda perolehi dari membunuh raksasa.

The Witcher: Monster Slayer adalah salah satu dari beberapa permainan video AR yang diadaptasikan dari francais popular. Walaupun Pokemon Go tetap menjadi salah satu permainan AR paling popular di dunia, ada juga persaingan dari pembangun yang lain seperti Minecraft Earth dan Harry Potter: Wizards Unite.

Tarikh pelancaran The Witcher: Monster Slayer sudah dinyatakan semasa WitcherCon buat pertama kalinya dimana pameran persembahan Witcher yang akan datang dari Netflix dan CD Projekt Red.

RELATED NEWS

+