CD Projekt Red mengumumkan kemaskini terbaru (next-gen) bagi PlayStation 5, Xbox Series dan PC untuk The Witcher 3: Wild Hunt akan dilancarkan pada 14 Disember ini.
Ia diumumkan menerusi akaun rasmi Twitter The Witcher seperti di bawah. CD Projekt Red mengatakan kemaskini ini hanya untuk versi digital terlebih dulu dan pelancaran fizikal hanya akan diumumkan kemudian.
The next-gen update for The Witcher 3: Wild Hunt is coming on December 14th, free for everyone who already owns the game.
For more details and gameplay reveal, tune in to REDstreams next week on https://t.co/IpFERTohi9. pic.twitter.com/fg3yfGeNih
— The Witcher (@witchergame) November 14, 2022
Kemaskini ini lebih kepada penaiktarafan grafik, prestasi dan teknikal berbanding yang asal.
“Ini termasuklah sokongan ray tracing, pemuatan lebih laju di konsol dan mod-mod lain dimasukkan,” kata mereka dalam satu kenyataan media.
Lebih banyak butiran akan dikongsi dalam penstriman langsung Twitch minggu depan.
Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca DI SINI.