CEO Alliance, Jonathan Loda berkongsi rasa teruja kerjasama bersama Yoodo dan 4Rivals

4Rivals adalah pasukan yang disegani dalam PUBG Mobile selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan melayakkan di ke kejohanan dunia (PMGC) baru-baru ini.

Ramai yang terkejut apabila mereka dikhabarkan bernaung di bawah pasukan Yoodo Alliance.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance, Jonathan Berg (LODA) berkongsi mengenai kerjasama itu.

“Alliance dan Yoodo berkongsi banyak perkara yang sama, salah satunya ialah kami komited untuk melahirkan ramai pemenang dan memupuk bakat.

“Kerjasama kami dengan 4Rivals pastinya akan mencerminkan pada skala global, dan kami yakin senarai baharu ini mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun pula berkongsi, kerjasama sedia ada Yoodo dengan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance, meletakkan asas ke arah perkongsian baharu ini.

Tambah Tuck Mun, “Sebagai sebuah syarikat telekomuniasi yang berdedikasi memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia dari akar umbi, kami benar-benar teruja untuk menyokong pemain generasi akan datang e-sukan dengan rakan kongsi dengan menubuhkan Alliance dan 4Rivals.

“Kami yakin kerjasama ini akan meningkatkan e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi, dan mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain.” katanya.

Sejak penampilan sulung mereka pada Ogos 2021, 4Rivals berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Baru-baru ini, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) SEA Musim 4 danLiga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.

Dengan kehebatan dan kemahiran permainan mereka, Yoodo Alliance-4Rivals pasti akan menjadi pasukan yang mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka.

Mengulas mengenai pengumuman itu, Ketua Pegawai Eksekutif 4Rivals, Mohd Hafizuddin Yusoff turut berkongsi rasa teruja.

“Kami sangat teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan organisasi seperti Alliance dan Yoodo.

“Kami berharap dengan sokongan mereka, 4Rivals dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dan mengharungi cabaran PUBG Mobile di Malaysia dengan jayanya,” katanya.

Pasukan Yoodo Alliance-4Rivals terdiri daripada:

o   Appy – Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (IGL)

o   Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)

o   Rith – Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)

o   Pemburu – Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)

o   Vokey – Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yoodo di www.yoodo.com atau platform khusus Yoodo untuk semua yang berkaitan e-sukan dan permainan di Facebook.

Mereka akan bertanding di PMPL MYSGPH musim kelima dijangka bermula bulan ini.

RELATED NEWS

+