Artikel ini ditulis oleh Syazwan Bahri
Pasukan PUBG Mobile Malaysia mencatatkan rekod yang baik ketika pusingan kelayakan Kejohanan Global (PMGC) yang mana mereka berjaya menewaskan beberapa pasukan seperti 4AM dan Trained to Kill dengan 292 pada akhir pusingan.
Mohammad Yusri Mohd Yahaya selaku pengurus berkongsi mengenai prestasi pasukan itu setakat dua hari PMGC berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Katanya, prestasi pada hari kedua kurang baik kerana circle yang tidak memihak kepada mereka pada minit akhir. Mereka terpaksa survive untuk terus ke bulatan terakhir yang terus menjauhi.
“Seharapnya, bulatan akan lebih memihak kepada kami di hari terakhir (hari ini),” katanya.
Tambahnya lagi, Geek Fam mempunyai kelebihan berbanding pasukan lain di peringkat offline kerana selalu scrim tapi mungkin belum masa untuk bersinar lagi.
“Cabaran terbesar ketika ini adalah menjadikan diri mereka lebih baik dari semalam (sebelum fikir untuk menewaskan pasukan lain). Jika mereka boleh atasi hal ini, ada peluang kami boleh membawa pulang Piala PMGC buat Malaysia.
Yusri mengakhiri perbualan dengan mengatakan keberadaan uHigh di Geek Fam membantu pasukan itu bermain dengan lebih baik dan dia mengharapkan semua peminat mendoakan kejayaan geek Fam di hari terakhir ini.
Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.