Infinix GT 20 Pro adalah peranti pintar pertama dunia dengan sokongan 120 FPS di PUBG Mobile

Infinix GT 20 Pro adalah peranti pintar pertama di dunia dengan sokognan 120 FPS di PUBG Mobile sejak permainan mudah alih itu memasukkan fungsi baru itu dalam permainan.

120 FPS pastinya bakal memberikan pengalaman permainan lebih menarik, imersif dan menyeronokkan buat pemain. Ditambah lagi dengan kombinasi kadar segar semula 144Hz, ia pastinya membuat sesi gaming anda lebih lancar.

Infinix GT 20 Pro juga memperkenalkan Dual-Chip Gaming Beast Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G dan Pixelworks X5 Turbo, menjadikannya peranti pintar pertama Infinix dengan dual-chip.

Ia kini tersedia di pasaran Malaysia dengan pelbagai pilihan warna iaitu Mecha Blue, Mecha Orange dan Mecha Silver dengan kombinnasi 12+256GB.

Anda boleh mendapatkannya di TikTok Shop, Shopee dan Lazada serta pengedar rasmi Infinix Malaysia dengan harga RM1,299.

RELATED NEWS

+