Kolaborasi PUBG Mobile dan SPY x FAMILY

PUBG Mobile bakal berkolaborasi dengan anime terkenal SPY x FAMILY bermula 12 Mei ini.

Kolaborasi ini akan menyajikan anda dengan banyak items SPY x FAMILY termasuk tema baru Prize Path.

 

SPY x FAMILY menceritakan Loid Forger, seorang perisik yang terpaksa membina ‘keluarga’ untuk satu misi rahsia.

Apa yang dia tidak tahu adalah isterinya seorang pembunuh upahan terhandal dan anak angkatnya adalah seorang yang boleh membaca minda.

PUBG Mobile akan memperkenalkan Twilight set SPY x FAMILY atau set Thorn Princess SPY x FAMILY.

Selepas mencapai level 20, anda boleh mendapat ganjaran treasure chest di mana anda berpeluang untuk mendapatkan SPY x FAMILY Bond aircraft.

RELATED NEWS

+