CEO RRQ, Andrian menjawab pertanyaan ‘role’ Lemon di MPL ID S9

Berikutan pendedahan barisan pemain untuk pasukan RRQ Hoshi di MPL ID musim ke-9, ada di antara peminat yang tertanya-tanya posisi Lemon di dalam pasukan.

Menurut CEO RRQ di saat beliau bersiaran langsung, “Jungler ada dua Alberttt dan Aether. EXP lane ada dua R7 Yummy. Roamer juga ada 2, Vyn dan Violence. Mid ada dua, ada Clay dan Teguh. Gold lane ada dua, ada Skylar dan Lemon,” ujarnya.

Berdasarkan kenyataan itu, Lemon harus bersaing dengan Skylarr bagi menentukan siapakah yang akan diturunkan ketika musim liga MPL ID musim ke-9 nanti.

Terdahulu, Lemon membuat comeback selepas rehat di musim kelapan untuk memberi ruang kepada pemain-pemain baru seperti Alberttt dan Skylarr untuk bersinar.

Adakah kita akan melihat Lemon akan melakukan debut beliau di MPL ID musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+