Cerita Battlefield 2042 akan diterangkan dalam sebuah filem pendek

Cerita Battlefield 2042 akan diterangkan dalam sebuah filem pendek bertajuk Exodus yang akan ditayangkan pada 12 Ogos nanti.

Walaupun DICE membatalkan kempen cerita pada pelancaran Battlefield 2042 tahun ini, tetapi mereka baru-baru ini mengumumkan sebuah filem standalone bertajuk Exodus melalui Twitter mereka, yang akan bantu penceritaan dunia Battlefield 2042.

Filem pendek ini akan ditayang pada 12 Ogos pada 8.00 pagi PT (11 malam waktu Malaysia).

Exodus akan debut di saluran Youtube Battlefield, akan membenarkan peminat “menyaksikan punca yang mencetus perang”. Filem ini dikatakan akan bertindak sebagai sebuah prelude untuk mod berbilang pemain Battlefield 2042.

Menghampiri pelancaran Exodus, DICE menyatakan bahawa peminat akan diperlihatkan lokasi Battlefield 2042 “melalui kaca mata wartawan Kayvan Bechir”

Battlefield 2042 dikatakan akan dilancarkan pada 22 Oktober. 

RELATED NEWS

+