Adakah Apex Legends Mobile akan buat comeback balik?

Apex Legends Mobile antara permainan mudah alih yang mendapat tempat di hati ramai peminat. Namun, EA membuat satu pengumuman pada 1 Februari 2023 dengan menyebut “hala tuju kandungan untuk Apex Legends Mobile kekurangan kualiti dan kuantiti,”

Ia seterusnya ditamatkan operasi pada 1 Mei tahun lalu.

Namun, berita agak baik buat pemain kerana CEO EA, Andrew Wilson mengatakan syarikat itu mungkin akan membawa kembali pengalaman Apex Mobile yang “diimaginasikan” semula pada masa hadapan. Ia tidak bermakna permainan mudah alih itu akan hadir dalam masa terdekat tapi kisah Apex Legends Mobile mungkin akan diteruskan.

High Energy Heroes adalah Apex Mobile versi China yang dibangunkan oleh Tencent Games selepas penutupan operasi versi global. Tencent juga mengatakan mereka akan mengkaji grafik, visual permainan dan lain-lain aspek di masa hadapan.

Apex Legends Mobile nyata mempunyai komunitinya yang tersendiri namun ia tidak berjaya menarik lebih ramai pemain dari pesaing-pesaing terdekat dalam genre sama. Tapi siapa tahu, ini semua akan berubah suatu hari nanti.

Sumber rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+