Battlefield 2042 mungkin akan menjadi permainan percuma

Battlefield 2042 dilancarkan pada bulan November tahun lepas lengkap dengan pelbagai masalah yang kritikal dan merosakkan pengalaman bermain permainan itu.

Semenjak itu, pembangun permainan yakin EA dan DICE berusaha untuk menyelamatkan permainan itu dengan beberapa kemas kini yang memperbaiki isu-isu penting permainan.

Namun, ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan permainan itu daripada menjadi salah satu permainan yang paling teruk di Steam.

Memandangkan pelancaran permainan tidak seperti dijangkakan, kini ia dilaporkan bahawa permainan itu mungkin akan menjadi percuma untuk dimainkan agar dapat memastikan kelangsungan permainan itu.

Menurut Tom Henderson, penulis liputan berita Battlefield 2042, berkata bahawa EA sedang mempertimbangkan model permainan percuma untuk Battlefield 2042.

Menurut beliau juga, EA amat kecewa dengan permainan itu dan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan agar permainan itu akan terus hidup.

Laman web SteamDB juga melaporkan hanya tinggal 6% pemain yang masih aktif memainkan Battlefield 2042 berbanding November 2021. Ini menunjukkan bahawa permainan itu memerlukan keputusan yang drastik agar dapat diselamatkan.

Sumber rujukan: Twitter, SteamDB

RELATED NEWS

+