Chivarly II akan membenarkan crossplay antara PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X

Semasa Chivalry II diumumkan pada tahun lepas, ia hanya disahkan untuk PC. Sebuah trailer baharu mengesahkan bahawa versi konsol juga akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series X.

Satu lagi pendedahkan yang menarik ialah pembangunnya Torn Banner Studios juga menjanjikan permainan rentas platform ataupun crossplay antara semua platform yang disenaraikan di atas.

Chivalry II merupakan sekuel kepada Chivalry: Medieval Warfare yang pertama dilancarkan pada tahun 2012. Seperti judul pertama, ia adalah sebuah permainan first-person shooter (FPS) multi-pemain yang menggunakan latar belakang abad pertengahan ataupun medieval.

Pada waktu ini, Chivalry II masih belum diberikan tarikh pelancaran tepat. Penerbitnya Tripwire Interactive hanya menyatakan ia dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+