Clay dah lama idolakan Lemon, tapi kecewa sebab masih belum menang

Pemain profesional Mobile Legends Indonesia, Muhammad “Ikhsan” Lemon akhirnya membuat kemunculan di minggu ketiga Liga Profesional (MPL) ID Musim Kesembilan.

Dalam perlawanan El Clasico yang begitu sengit ke atas EVOS Legends, RRQ bagaimanapun kalah 1-2 di mana Lemon tidak dapat menggunakan Wan-Wan kerana dikenakan ban.

Laporan ONE Esports turut menyebut yang midlaner RRQ Hoshi, Clay ingin meminta maaf.

Katanya, dia mengidolakan Lemon dan sudah lama ingin main bersama namun kekalahan El Clasico itu sangat mengecewakan dirinya.

“Saya rasa sangat bersalah sebab pertama kali bermain dengan Lemon tapi masih belum dapat raih kemenangan,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Setakat minggu ketiga, RRQ Hoshi mendapat tempat ketiga, hanya beza 3 mata agregat dengan EVOS Legends.

Sementara itu, Aura Fire turun anak tangga dan ONIC Esports merampas ‘takhta’ untuk minggu ketiga ini.

RELATED NEWS

+