Codashop, perkhidmatan tambah nilai atas talian yang cukup dikenali oleh gamers, kini muncul dengan wajah baharu."> Codashop, perkhidmatan tambah nilai atas talian yang cukup dikenali oleh gamers, kini muncul dengan wajah baharu." /> Codashop, perkhidmatan tambah nilai atas talian yang cukup dikenali oleh gamers, kini muncul dengan wajah baharu." />

Codashop kini berwajah baru

Codashop, perkhidmatan tambah nilai atas talian yang cukup dikenali oleh gamers, kini muncul dengan wajah baharu.

Servis Codashop ini cukup dikenali buat pemain yang membeli in-game items seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, VALORANT, Genshin Impact, Free Fire dan banyak lagi.

Codashop ialah platform pilihan untuk membawa pengalaman kehidupan digital pada tahap tertinggi. Oleh itu, penjenamaan semula ini sememangnya menyegarkan dan diraikan secara besar-besaran, 

Wajah baru ini juga sebahagian daripada strategi Codashop untuk kekal sebagai rakan kongsi premium dan sangat diperlukan oleh mereka yang terlibat di dalam komuniti permainan. Ia mempamerkan janji syarikat itu untuk memberikan pengalaman permainan yang terbaik untuk pemain dan penerbit permainan.

Selain itu, Codashop juga menerima lebih 250 kaedah pembayaran untuk memudahkan para pemain menggunakan servis mereka.Pemain juga boleh menggunakan servis mereka tanpa memerlukan akses bank atau kad kredit untuk terus menikmati hiburan dunia digital. 

Selain itu, mereka juga memperkenalkan Codacash pada Ogos lalu. Codacash adalah sebuah sistem dompet digital yang menawarkan pelbagai ganjaran atau bonus menarik eksklusif untuk pengguna Codashop. Codacash kini tersedia buat pasaran Malaysia dan Filipina dan akan mula tiba di pasaran lain pada masa akan datang. 

Codashop akan terus berkembang ke pasaran global dan baru-baru ini mereka sudah pun melancarkan servis Codashop di Korea Selatan. 

Terdahulu, mereka turut bekerjasama dengan Team Bosskurr dengan mengambil Soloz, DaddyHood dan Obot sebagai duta.

Baru-baru ini, kerjasama itu dirancakkan lagi dengan Ombong dan Makdi juga sebagai duta.

TAGS

RELATED NEWS

+