Cuphead kini telah dilancarkan di PS4 tetapi belum tiba di Malaysia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Studio MDHR telah mengumumkan bahawa permainan video mereka Cuphead kini telah dilancarkan di PlayStation 4 (PS4). Malangnya, ia tidak disenaraikan di PlayStation Store (PS Store) Malaysia.

Mungkin judul ini lambat sedikit dilancarkan di PS Store Malaysia akibat perbezaan zon masa atau disebabkan oleh masalah pelesenan di kawasan Asia Tenggara. Penulis berharap ia akan dilancarkan di sini pada waktu terdekat agar pemain PS4 dapat menikmatinya.

Berdasarkan PS Store Amerika Syarikat, ia dijual pada harga US$19.99 (RM85). Ia merupakan versi yang sama dengan versi PC dan Xbox One dan tidak memperkenalkan apa-apa kandungan baharu.

Sumber: Studio MDHR, PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+