PlayStation Holiday Sale 2020: 5 permainan hebat bawah RM100

Kita kini telah tiba pada penghujung tahun 2020 dan banyak platform jualan permainan digital termasuk PlayStation Store sedang mengadakan jualan akhir tahun.

Di PlayStation Store, Holiday Sale 2020 berlangsung bermula dari hari ini dan akan berakhir pada 19 Januari 2021. Katalog permainan yang dijual akan dikemas kini pada 8 Januari 2021.

Berikut adalah senarai permainan PlayStation 4 (PS4) bawah RM100 yang berbaloi dibeli (pada pendapat penulis):

 

NieR: Automata Game of the YoRHa Edition

Harga asal: RM169.00

Harga promosi: RM84.50

NieR: Automata dibangunkan oleh PlatinumGames, studio sama yang membangunkan permainan-permainan aksi hebat seperti Bayonetta dan Astral Chain.

Sama seperti dua permainan tersebut, NieR: Automata juga mempunyai sistem pertarungan yang mudah dipelajari tetapi sukar dikuasai. Selain itu, permainan ini juga mempunyai kualiti grafik dan album muzik latar yang berkualiti tinggi.

 

Fall Guys: Ultimate Knockout

Harga asal: RM79.00

Harga promosi: RM63.20

Antara permainan multi-pemain dalam talian yang paling popular pada tahun ini ialah Fall Guys: Ultimate Knockout. Ia memperkenalkan aspek kursus halangan (obstacle course) dalam genre battle royale.

Anda boleh menubuhkan parti bersama tiga rakan-rakan anda untuk menghadapi setiap kursus halangan bersama-sama. Pemain terhebat akan memenangi Crown yang boleh diguna untuk membeli kostum yang comel dan menarik.

 

Bloodborne: The Old Hunters Edition

Harga asal: RM139.00

Harga promosi: RM48.65

Mustahil untuk bercakap tentang permainan-permainan terhebat PS4 tanpa Bloodborne. Ia merupakan salah satu permainan daripada FromSoftware, studio yang juga membangunkan siri permainan Dark Souls dan Sekiro: Shadows Die Twice.

Bloodborne sememangnya permainan yang sangat sukar tetapi nikmat yang diperoleh selepas mengatasi cabaran-cabaran dalam permainan ini sukar digambarkan.

 

Resident  Evil 7 biohazard

Harga asal: RM133.00

Harga promosi: RM43.89

Jika anda sedang mencari permainan seram yang hebat, cubalah Resident Evil 7. Tidak sama seperti kebanyakan permainan Resident Evil lain, ia menggunakan perspektif first-person dan bukan third-person.

Ini membuatkan setiap babak seram terasa lebih menakutkan. Kualiti grafik permainan ini yang sangat realistik juga dapat dihargai dengan lebih baik dalam perspektif first-person.

 

The Witcher 3: Wild Hunt

Harga asal: RM169.00

Harga promosi: RM50.70

Walaupun reputasi CD Projekt Red tercalar akibat pelancaran Cyberpunk 2077 yang kurang sempurna, mereka masih disayangi ramai peminat kerana mengeluarkan permainan hebat seperti The Witcher 3: Wild Hunt.

Permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka ini mengandungi kandungan yang boleh dinikimati selama berpuluh-puluh jam dan ramai menganggap permainan ini sebagai permainan RPG kegemaran mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+