Cyberpunk 2077 kini boleh dipra-muat di Steam dan GOG

Bagi anda yang telah pra-tempah Cyberpunk 2077 untuk PC, anda kini boleh mula pra-muat permainan tersebut di Steam dan GOG. Anda masih perlu menunggu sehingga tarikh pelancaran iaitu 10 Disember untuk mula bermain.

Di platform Steam, saiz fail pra-muat Cyberpunk 2077 berjumlah 57GB. Pastikan anda mempunyai ruangan yang melebihi jumlah tersebut kerana ramai pengulas permainan tersebut menyatakan terdapat patch hari pertama bersaiz sekitar 50GB.

Jika anda mahu main Cyberpunk 2077 serta-merta pada hari pelancaran atau mempunyai internet berkelajuan rendah, pastikan anda memulakan proses pra-muat secepat mungkin agar anda dapat menikmati Cyberpunk 2077 pada hari Khamis ini.

Menurut jadual pelancaran yang dikongsikan oleh CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Disember ini pada waktu 8AM. Pada waktu ini, proses pra-muat untuk versi konsol masih belum dibolehkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+