Cyberpunk 2077 Sah Ada Mod Multiplayer, Hadir Selepas Pelancaran Rasmi

CD Projekt Red akhirnya telah mengesahkan Cyberpunk 2077 bakal menerima mod multiplayer setelah dibangunkan sejak tahun 2013.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan CD Projekt Red menempatkan 40 pembangun atas tujuan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan ia merujuk kepada mod multiplayer Cyberpunk 2077.

Pengumuman ini dibuat melalui Twitter rasmi CD Projekt Red yang mana menyatakan studio berpengkalan di Poland ini kini mencari staf untuk membangunkan mod multiplayer ini.

Bercakap kepada Eurogamer, mod multiplayer ini akan disediakan selepas pelancaran rasmi Cyberpunk 2077. Menurut pereka game utama, Paweł Sasko, CD Projekt Red mahu fokus lebih kepada mod single-player iaitu jalan cerita utama game futuristik ini.

Selain itu, studio ini juga merancang untuk sediakan DLC percuma dan kandungan single-player selepas pemain menikmati cerita utama Cyberpunk 2077.

Studio ini baru sahaja memuat naik video gameplay terbaru Cyberpunk 2077 yang mana ia memperincikan pelbagai cara permainan dalam game ini dan korang boleh lihat karakter Johnny Silverhand dilakonsuara oleh Keanu Reeves. Saksikannya di bawah:

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+