CD Projekt RED (CDPR), studio di sebalik siri permainan popular The Witcher dan juga permainan baharu Cyberpunk 2077 melaporkan bahawa mereka telah berjaya menjual lebih daripada 13 juta salinan Cyberpunk 2077 setakat 20 Disember tahun ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Daniel Ahmad, penganalisis industri permainan video di Niko Partners. Dalam laporan tersebut, CDPR menyatakan bahawa nilai tersebut ialah jumlah anggaran yang juga mengambil kira bayaran balik (refund) permainan tersebut.
CD Projekt Red says that it has sold 13 million copies of Cyberpunk through digital and physical distribution channels as of December 20.
This number factors in refunds processed by this point at both retail / digital.
The game had 8m pre-orders prior to launch. pic.twitter.com/ZIg4j9nDeB
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) December 22, 2020
Sebelum ini, CDPR pernah melaporkan bahawa lebih daripada 8 juta salinan Cyberpunk 2077 dipra-tempah untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Ini bermaksud lagi 5 juta salinan telah dijual sejak permainan tersebut dilancarkan.
Ini menunjukkan Cyberpunk 2077 masih diterima dengan baik walaupun ia menerima banyak kritikan mengenai masalah-masalah teknikal. Kami di MyGameOn juga tidak berpuas hati dengan permainan ini.
Penulis rasa ramai pemain yakin bahawa CDPR akan memperbaiki permainan ini secara berperingkat melalui kemas kini dan patch yang akan tiba pada masa depan.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.